Saturday, September 17, 2016

Sangkaya oh sangkaya

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua tiga menjak ni, tetiba kepingin sekali nak minum coconut shake sangkaya. First time rasa masa aku jenjalan kat Setia City Mall awal tahun hari tu. Kira rezeki terpijak betul. Ceritanya, kawan aku ajak makan aiskrim kelapa. Da kitorang order, tetiba ada pekerja kata, "Is this your first time?", kitorang iyakan je la. Tetiba je pekerja tu bagi kat kitorang 1 cup coconut shake for free. Wahhhh...rase memang sedap betul...benda free la katakan.


Then dapat tahu ada branch Sangkaya kat Ipoh Parade. Belanja mak ngan ayah aku coconut shake ngan eskrim sekali. Sedap dowh...


Aku pun promote kat kawan aku pasal Sangkaya ni. So, semalam kitorang decided untuk pegi melawat Sangkaya. Dah ada beberapa flavor lain selain kelapa. Yela, diorang kena pelbagaikan menu untuk attract customers. Kalau harapkan kelapa je,tak semua orang suka kelapa kan...


So, aku order coconut shake (RM9.47), adik aku order 4 flavors of iecream (chocolate,coconut, cha yen dan teh ijo) (RM10.50) dan kawan aku ambik puding + 2 scoops icecream (RM 6.70). Coconut shake aku agak blend sikit. Tawar dan rasa lebih kurang macam santan je. 2 kali sebelum ni yang aku order coconut shake memang sodappp, rasa refreshing je...sob sob sob...Cha yen tu rasa macam teh susu punya icecream. Tak manis, kira okayla. Teh ijo tu green tea la. Tak sempat nak rasa, puding kat bawah tu pun sama. Kawan aku dah baham dulu. Ice cream adik aku, aku jugakla tukang habiskan..huhuhu

The final verdict? Kawan aku kata, next time baik makan baskin robbin je...



Thursday, September 15, 2016

The Great Ocean Road di Tutup?

Assalamualaikum wbt...

Pepagi hari lagi da dapat berita yang The Great Ocean Road aka GOR di tutup disebabkan banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan yang berterusan. Kuciwa giler dengar berita ni sebab aku memang tengah countdown untuk trip ke Melbourne hujung bulan ni.




Kalau pegi Melbourne tapi tak melawat GOR, sama la dengan ko pegi Paris, tapi tak melawat Eiffel Tower, pegi Rom tapi tak melawat colesseum, pegi Teluk Intan tak jenguk Menara Condong...eh, tetiba pulak. Dah la masa trip ke Jepun last year, tak merasa nak tengok Gunung Fuji disebabkan kabus sepanjang hari. Huwaaaaaaa....ingat Jepun ngan Melbourne ni sebelah rumah je ke, boleh pegi bebila mase je?

Disebabkan ini, maka aku terpaksa cancel booking hotel kat GOR, risau jugak kalau dalam masa 2 minggu, GOR masih lagi di tutup, rugi la pulak kalau burn duit macam tu je. Sorang rm100++ tu untuk hotel. Terpaksa jugakla kitorang buat backup plan, at last, buat day trip je ke GOR. Hmmmm..harap-harap dalam masa 2 minggu ni, keadaan akan bertambah baik.

Sunday, September 11, 2016

Tips Menempah Hotel SemasaTravel

Assalamualaikum wbt.

Salah satu perkara essential semasa kita nak travel adalah penginapan. Up to korang la nak tempah jenis penginapan macam mana. Kalau rasa poket tebal, no problem kalau nak penginapan yang ada selesa dan lengkap. Ni pada aku seswai la untuk orang yang nak honeymoon. Takkan korang nak duduk hostel pulak kalau pegi honeymoon, baik honeymoon kat rumah je. Kot la teringin nak tengok ada gubahan angsa tuala kat atas katil korang, paling koman pun ada kelopak bunga ros. Baru romantik gitewww.
Hotel bajet pun takde masalah, korang gubah je sendiri angsa tu, pastu tabur sendiri kelopak bunga. Romantik sangatttttt...

Nak kate aku ni banyak tempat melancong, takde la jugak, tapi ada beberapa tips yang aku nak kongsikan kalau korang nak menempah bilik hotel.

1) Try survey harga di beberapa website.
Okay, rasanya ini memang ramai orang gunapakai tips ni. Sekarang ni memang memacam third party punya website yang akan compare harga bilik-bilik. Ada Agoda, Booking.com, ibilik untuk homestay, Airbnb, hostelworld, expedia, trivago etc. So, korang boleh gunakan kemahiran stalking korang tu untuk cari harga yang berkenan di hati korang. Jangan limitkan pada 1-2 website saja. Kalau mampu nak pandang nombor banyak banyak, pegi je survey kat semua web yang korang tahu. 

2) Cuba semak harga di website official hotel.
Ramai orang berpendapat harga yang kita dapat kalau book di website hotel tu sendiri agak mahal. Most of the time memang betul. Tapi, tak salah kalau korang try booking ikut saluran tersebut. Macam aku baru lepas booking 1 bilik kat Grand Lexis, most harga yang aku jumpa, adalah RM500 ++ belum termasuk tax. Dahla tax 16% (termasuk servis charge), at last harga jadi RM600++, which is pada aku memang sakit kepala la tengok. Then bila aku try book ikut website Grand Lexis, terkojut beruk aku tengok rege RM550/malam termasuk tax suma tu. Wowww...ni memang bargain punya harga. So, pasni jangan lupa jenguk website hotel tu ye.

3) Clearkan cookies dan cache setiap kali buat servey.
Sama macam kalau korang nak book tiket kapal terbang masa promosi, website tu boleh detect yang korang memang berminat nak pergi sesuatu tempat tu ikut cookies/cache yang di simpan oleh komputer. So kekadang korang akan perasan yang harga tu mostly akan bertambah mahal in case korang survey 2-3 kali. Maafla ye, aku bukan budak it, tak reti nak terangkan. Senang cerita, sila rajinkan diri anda untuk clearkan cookies/cache tiap kali buat carian pasal tiket kapal terbang ke, hotel ke, beli barang online ke...

4) Elakkan menempah hotel terlalu lewat.
Ni common sense la kan. Jangan pulak korang minggu depan nak travel, minggu ni baru nak book. Unless korang punya plan memang giler ad hoc, atau korang memang prefer walk in berbanding booking terlebih dahulu. The choice is yours. Perkara ni jugak penting kalau korang guna online booking. Lagi dekat tarikh yang korang pilih, maka generally harga lagi mahal.

5) Alert dengan offer dari  syarikat penerbangan
Kalau korang peminat tegar Airasia, mesti perasankan kalau lepas kita book tiket, akan ada limited time offer untuk hotel (airasiago). Kalau peratikan, kita boleh dapatkan harga murah waktu tu. Biasa limited offer tu dalam masa 19 hari. Ataupun, kalau ada promosi tempah tiket flight+hotel pun korang boleh try usya. Sebab boleh dapat rate lagi murah dari third party website.
Kadang-kadang, website airasiago ada buat promosi masa terhad. Kalau jumpa ni, sila grab peluang ini okay. Aku tempah tiket Ibis Budget Hotel Melbourne utk 2 hari (4 orang), kena bayar RM800++. Masa promosi oleh airasiago, yang aku kebetulan terajin utk buka, aku dapat tempah dalam rm500++ untuk 2 hari. Bilik yang sama. Korang rasa ape perasaan aku masa tu?

6) Lokasi hotel ke main attraction.
Secara umumnya, lagi dekat hotel korang dengan bandar or main attraction, lagi mahal korang kena bayar. TAPI, korang kena tengok dari sisi lain juga. Jangan lupa kira kos perjalanan/masa/tenaga yang akan digunakan sekiranya korang ambil hotel yang jauh dari main attractions semata-mata sebab nak harga hotel murah. Aku tempah hotel berdekatan dengan Ueno Station masa kat Tokyo dulu. Ueno ni kira main station (Yamanote Line) jugak ala-ala KL Sentral, maka aku tak perlu tukar banyak train semata-mata nak ke main station. Harga semalam untuk bilik berdua dalam RM300++, berbanding dengan hotel yang agak jauh sikit, aku boleh kurang dari RM200/malam. 


Gaya backpacker tak? Haha...tengah cari hotel kat Ueno. Tumpang bergambar je ni. Hotel kitorang kat ceruk lain.

7) Hostel vs Hotel.
Ini strictly bergantung pada your preferences. Memasing ada pro/cons. Personally aku nak bilik yang bathroom en suite. Which is secara muktamadnya aku lebih suka bilik hotel. Senang nak solat, nak jaga aurat, tak perlu risau pasal keselamatan barang sendiri etc. Pengalaman aku duduk hostel kat Kyoto, berkongsi toilet lelaki/perempuan. Buka pintu shower lepas mandi, bertembung dengan sorang laki mat salleh tengah gosok gigi. Dangggg...
Downsidenya, untuk tempat yang kawasan tanah terhad, contoh Jepun, bilik with bathroom en suite memang mahal...sob sob sob

8) Cuba cari penginapan lain dari yang lain.
Sekarang ni kan bisnes hotel/homestay tengah kencang. Memasing cuba bagi kelainan pada bisnes supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung. Tu yang muncul hotel kontena, rumah bentuk segi tiga, homestay siap dengna kolam renang etc. Sekali sekala boleh reward diri sendiri dengan penginapan berbentuk spesel macam ni.  

Merase la tido dalam kontena. The Cabin, Jeram. A bit overpriced pada pendapat aku la
9) Sila pastikan korang check details booking dengan teliti.
Ni pun common sense jugak. Jangan sebab korang excited sangat dapat rege hotel murah, korang tersalah masuk tarikh. Pastu check jugak cancellation policy, free ke berbayar ke. Juga sebarang jenis kemudahan yang disediakan contoh ada microwave ke, fridge ke...



Demikian sedikit sebanyak perkongsian tips yang aku kumpul berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni. Harapnya boleh membantu korang. Kalau korang jenis suka pakai travel agency, jangan nak komplen lebih-lebih ye...Ketuk kang..Hehehehe


Hajat hati nak menginap kat hotel ni. Apakan daya, tabung tak penuh lagi *nanges kat bucu katil jap*



Saturday, September 10, 2016

Perjalanan Umrah Part 1 -Where the Journey Begins



Assalamualaikum wbt.


Kelasss kan tajuk...
Aku pegi tunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2015, 16-30 Jan to be exact.
Bapak lama baru nak up dalam blog. Maklumlah, blog lama udah kena delete, nak tunggu datang rajin untuk create blog baru ni, mak aih berjanggut.So aku akan sedaya upaya try untuk mengimbau semula kenangan perjalanan umrah kitorang. 
Sejak pertambahan umur ni, kemain lagi susah nak ngingat benda lepas. Hehehehehe

Untuk umrah ni, ayah aku decided untuk guna khidmat Andalusia. Aku penah cakap kat ayah aku, better kita guna tour agency yang da established sikit. Bukan apa, dalam tahun 2013-2014 tu memang femes dengan kes penipuan kat orang orang yang nak pergi menunaikan umrah. 
Udah bayar, tapi pastu tak dapat pegi. Naya woo...bukannya seringgit dua bayar...Sampai hati betul deme tu...Iskiskisk.
Pada masa ni, kami pilih untuk travel melalui Oman, bermaksud transit di Muscat Airport selama 3 jam sebelum teruskan perjalanan ke Jeddah Airport. Disebabkan ada transit, maka tempoh umrah kami dipanjangkan menjadi 14 hari. Kos untuk seorang pada masa tu adalah dalam RM 4800-4900 (lupe daa).

Berbalik kepada cerita umrah kitorang tu, nak dijadikan cerita, masa hujung tahun 2014, kan banjir teruk kat beberapa buah negeri termasukla Perak. Selama aku duduk kat area Kg Gajah ni, aku pernah dengar cerita banjir besar pada tahun 1993 je (kat mana aku masa tu yek?). Masa tu memang kami semua takde preparation langsung sebab sebelum ni tak pernah kena kan. Alhamdulillah rumah aku tak dinaiki air, tapi rumah orang kampung yang lain memang banjir la halaman. Sampai ada yang kena dipindahkan. 

Staf kesihatan memang dibekukan cuti sampai krisis banjir ni tamat. Masa tu aku da cuak juga sebab nak berangkat dalam masa 3 minggu, tapi cuti da dibekukan. Memangla aku dah ambik cuti awal, tapi bila kata arahan dah dikeluarkan tu, takut bos besar tak bagi kelepasan pulak. Lepas consult bos y/m (beza dengan bos besar), bos y/m kata, insyaallah cuti umrah boleh dilepaskan. Lagipun pembekuan cuti tu lebih terkesan ke atas kumpulan paramedik aka frontliners.


Masa kami sekeluarga nak pergi kursus persediaan umrah, gigih redah air banjir yang masa tu da agak surut di beberapa tempat. Kursus tu di buat kat pejabat Andalusia cawangan Teluk Intan. Tapi sebab jalan utama ke Teluk Intan dari Kg Gajah tu di tutup sebab banjir, maka kami redah ikut jalan Seberang Perak. Kira jauh sikit la..Masa tu baru rasa boleh bernafas sikit sebab da 2 minggu terkurung kat area Kg Gajah je.

Dalam seminggu lagi nak pergi tu, satu lagi ujian menimpa. Ayah aku memang da beberapa hari penat. Jadi kebetulan ayah aku pegi ke Pusat Penempatan Banjir tu, dia pegi check skali kat Pusat Rawatan situ. Sekali tengok SPO2 da tinggal dalam 70%, suspected ACS (acute coronary syndrome aka heart problem la). So straight away kena hantar ke Hospital Changkat Melintang. At first ayah aku mintak hantar ke Hospital Teluk Intan sebab adik aku ada kat sana. Tapi deme kata tak boleh sebab driver tak cater sampai ke sana. 

Dipendekkan cerita, nyaris tak kena tido ward malam tu, adik aku minta keluar ward secara AOR. Tengah malam tu jugak dalam pukul 1 pagi adik aku bawak ayah aku ke Hospital Teluk Intan. Doktor kata okay, tak perlu masuk wad. Alhamdulillah lepas satu problem...

Jadi, walau ada beberapa dugaan yang kami hadapi, akhirnya pada 16 Jan 2014, kitorang naik bas Star Shuttle dari Teluk Intan ke KLIA pada pukul 8 pagi. Sampai ke sana dalam pukul 12 tgh.





Bekpes dulu sebelum naik bas








Muka-muka excited



Baru sampai di KLIA







So, sampai je kat airport dalam pukul 12.00 tgh. Terus cari mutawwif kitorang. Tengok ramai juga bakal jemaah umrah dari lain-lain agensi tengah menunggu kat KLIA tu, ada yang ikut Sri Langka Air, memacam lagi la. Kitorang ikut Oman Air. First time ikut foreign airlines (bajet macam banyak kali naik flight je...padahal baru pes time). Muahahaha...



Melepak sementara tunggu check-in luggage

Selesai je urusan check-in luggage, kami di panggil untuk sesi taklimat ringkas oleh mutawwif. Then, kitorang bergerak ke balai perlepasan. Rupanye kat KLIA ni, balai perlepasan kena naik ala-ala train. So, masa ni memang excited terlebih la. Flight kami pukul 3.30 ptg. Sampai kat balai perlepasan, dalam pukul 3.35ptg. So, aku bajet sempat lagi ni nak solat jamak zohor sebelum naik flight. Mana pulak tau kena naik flight awal (maklumla pes time kannnn....). Jadi ayah aku suruh ambik wuduk je, pastu nanti solat semasa flight nanti.



Our kapal terbang


Waiting area sebelum board pesawat
Alhamdulillah take off sume smooth, walaupun adalah rasa sikit ringing kat telinga plus sakit telinga sebab tekanan udara tu kan. Quite an experience la. 
Pastu cabin crew hidangkan welcoming drink and snack. Kitorang pun start relax, siap tengok movie lagi (masa ni belum tahu lagi beza dengan flight tambang murah...huhu). Sepanjang 6 jam flight tu (termasuk flight pergi balik), sempat tengok cerita Mat Tudung, Dhoom 3, Om Shanti Om. Kawan aku cakap, ko nak pergi untu ibadah, tapi buat benda lagha...hehe...da insaf la ni. Lagipun nak tidur pun tak berapa selesa, sebab ada couple bawak anak kecik diorang sekali. Masih toddler. Ada ketika dia menangis, cranky, main-main etc. So memang out la tidur.


Ruang dalam pesawat. Corporat color diorang cantik. I loikeee

Welcoming drink...jadila dari takde langsung kan...



Sempat tengok cerita Mat Tudung




Meal time...Chicken briyani with apple juice. Thorbaikkk

Lepas 6 jam perjalanan, sampai kat Muscat International Airport dalam pukul dekat pukul 10 malam kot. Sumpah rasa cam lama giler dalam flight tu. Masa ni memang letih kemain la. Mungkin sebab ni la orang tak suka kalau ada transit kan. Bape banyak kali la nak lalu kastam check-point. 
Sampai kat sana solat jamak maghrib dan isyak. Pastu duudk melangut dalam 2 jam lebih untuk tunggu flight seterusnya. 
Airport dia cantik dan bersih. Dan agak besar juga. Nak shopping? Mau nanges nak bayar. Aku da siap tukar sikit duit dalam USD, singgit tak di terima di sini okay. Tak ingat berapa tukaran, tapi 1 Omani Riyal = RM 8. Ni masa awal tahun 2015 la. Time sekarang ni lagi ngeri kot nak tukar. Sempat beli kopi ala-ala starbuck tu je. Rege dalam 2.++ riyal. Lagi mahal dari kopi starbuck Malaysia ni..sob sob sob


Sempat snap 1 gambar je...Muscat International Airport


Bebudak ni sume terlentok kat kerusi...

Dalam pukul 12 tu, start naik flight ke Jeddah Airpot. Again melalui kastam...haihhh..
Perjalana dianggarkan dalam 2 jan setengah.
Jadi kami sampai kat Jeddah dalam pukul 3 pagi. Mata pun tak boleh nak bukak. Angkut beg semua, then menuju ke bas yang telah disediakan untuk menuju ke Madinah. Perjalanan ambik masa dalam 6 jam.
Masa ni takde semangat nak rasa kagum sangat sebab mata tengah mengantuk. Jetlag la ni kot...
Dalam bas sambung tidur, sampai la dalam pukul 5 pagi kot, bas berenti kat satu tempat. Kiranya macam RnR la, untuk solat subuh dan makan sarapan pagi.
Kat sini, guna treated seawater kot, sebab agak masin dan payau air dia. Jangan expect tempat dia terjaga cam RnR kat Malaysia ni. Sekian cerita pasal RnR tu.


2nd flight dapat makanan lagi. Tapi mengantuk punya pasal, tapau je la...yang ni agak kurenngg sikit.


Safely arrived at Jeddah Airport


Bas yang disediakan untuk ke Madinah


Makanan yang sempat kidnap masa dalam flight
The RnR area


Our breakfast. Nasi lemak indon mali...

Lepas makan sambung kroh kroh kroh dalam bas...Highway kat sini memang saujana mata memandang dengan padang pasir je. Banyak kali boleh nampak ada kereta or lori kena tinggal kat tepi jalan mereput macam tu ju. Ikut kata kakak sepupu aku yang memang duduk kat Riyahd, pak arab ni kalau kereta deme rosak ke or eksiden ke kat highway tu, memang wassalamu je la...Tinggal camtu je. Kereta ngan minyak murah kot kat sana. Lagi 1, jangan mimpi nak nampak kereta bawah 1.0 c, bawah 2.0 cc pun belum tentu. Kereta deme sume ber CC tinggi.
Sesekali adala nampak ladang unta kat tengah padang pasir tu. Kepunyaan arab badwi kot?
Nasib baik pemandu bas kitorang ni tak buat hal sangat, ada dengar cerita yang group lain pernah je driver buat hal, tak nak jalan selagi kite tak bayar macam duit poket kat diorang. Padahal bas tu memang chartered punya.




Ni la view sepanjang jalan. Korang nilaikan la sendiri patut ke tak aku tidur sepanjang jalan...


Guys...we are now passing through the check point to enter The Holy City of Madinah. 
Apabila memasuki bandar Madinah, mutawwif kami, seorang pelajar dari Indonesia yang belajar di Madinah, mengajar kami satu doa. Rasa doa tu ada dalam buku panduan umrah yang disertakan sekali.
Masa ni macam-macam perasaan ada, gembira,terharu, sebak, tak percaya etc....Babe, aku da sampai Madinah la...Bandar yang dibangukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Masa ni mata da terbuka luas....tak sabar pun ye sebab pasni boleh tengok maskid nabawi dan ziarah makan Rasulullah.
Sume ni akan di sambung ke Part 2 nanti...tungguuuuu

Summary perjalanan:
1) Perjalanan dari Rumah ke Teluk Intan - 30 minit
2) Teluk Intan-KLIA- 4 jam
3) KL-Muscat-6 jam
4) Transit - 3 jam
5) Muscat - Jeddah - 2 jam 30 minit
6) Jeddah - Madinah - 6 jam
 Total --> .>24 jam termasuk masa rehat etc..lemauu weyh